Pages

Thursday, May 26, 2011

Umno Takut Rakyat Bermaklumat

Umno takut rakyat bermaklumat kerana ia akan menjadi bom jangka untuk menumbangkan Umno. Perkara ini diluahkan oleh Datuk Dr Fuad Zarkashi Ahli Majlis Tertinggi Umno selepas  merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja Shah Alam.

Beliau berkata, pendekatan pembangkang  boleh mempengaruhi pemikiran anak muda melalui media baru  seperti blog, Facebook dan Twitter .

PAS mengharapkan semua jentera penerangan parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan penyerangan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat  serta  mengetahui penyelewengan BN.

BN resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan. Mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri. Segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data.

PAS yakin keresahan Datuk Dr Fuad akan menjadi kenyataan jika jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika. 


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, May 24, 2011

Potong Subsidi, Orang Miskin Jadi Sandaran

Parti Islam Semalaysia Pas sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan. Kemanakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?. Rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.
Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika  menguruskan amanah rakyat. Selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan,  tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.
Pemimpin umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa. Sepatutnya alasan ini tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas. Setakat hari ini Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Irak, Iran. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007-2010. Ini bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion.
Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran.
Ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion, wang ini akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam.  Ini alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar. Penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

http://idrisahmad.wordpress.com/2011/05/24/potong-subsidi-orang-miskin-jadi-sandaran/

Saturday, October 30, 2010

Kempen Bantah Menara Warisan 100 Tingkat Cecah 204,000 Orang

Oleh Suara Keadilan   
1M_Menara_WarisanKUALA LUMPUR 30 Okt - Cadangan Pembinaan  Menara Warisan 100 tingkat yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2011 mendapat tekanan hebat apabila laman sosial facebook yang menentang pembinaan Menara Warisan 100 tingkat sudah melebihi 200,000 orang, setakat hari ini.

Wednesday, October 27, 2010

Laporan Audit Negara : Penyelewengan - Adakah Peguam Negara akan kata, 'Tidak Cukup Bukti'

Berikut adalah ringkasan isu-isu berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang telah dibentangkan oleh ketua audit Tan Sri Ambrin Buang dan saya yakin lebih banyak salah laku serta penyelewengan tahap tinggi akan didedahkan untuk umum dan entry ini pasti akan dikemaskinikan.  

Saturday, October 23, 2010

Umno Kelumpuhan Idea dan Semangat

Perhimpunan agung Umno ke 61 akan berakhir hari ini. Sore nanti ahli MT ketua-ketua sayap, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden akan membuat penggulungan. Menggulung segala perbincangan, cadangan, pandangan yang dibuat selama berhimpun selama tiga hari.

Thursday, October 21, 2010

Memo Taubat Buat Rosmah

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih  - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .
 
2.  Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia  dan ianya diasaskan oleh Dato'  Raja Rezza  Shah  sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

TV3 didenda RM50,000 kerana iklan Sinari Lembaran

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 21 Okt: TV3 telah didenda sebanyak RM50,000 iaitu denda maksimum selepas didapati bersalah menyiarkan iklan Sinari Lembaran yang didapati menghina Islam.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,  Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen pagi ini berkata, pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu.