Pages

Saturday, August 28, 2010

Ahli PAS : Pentingnya sifat cermat dalam membuat tindakanAhli PAS : Pentingnya sifat cermat dalam membuat tindakan

Berempena dengan peristiwa turunnya Al Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS disegenap lapisan peringkat untuk memanafaatkan baki Ramadhan yang tinggal ini agar ianya diisi dengan amal soleh dan mampu untuk menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.

MOTIF YANG ADA MOTIF ?


  • Diseremban kecoh sebuah surau disimbah cat merah dan dibaling dengan botol minuman keras.
  • Seluruh akhbar utama negara menyiarkan insiden tersebut. Akhbar Sinar sebagai contoh memperuntukkan satu helaian khas untuk liputan insiden tersebut.
  • Polis semalam berjaya memberkas empat orang yang terlibat dengan insiden itu.
  • Mereka yang ditangkap adalah remaja sekitar 15 ke 18 tahun gamaknya.
  • Motifnya mereka berbuat demikian kerana berlaku selisih faham antara remaja tersebut dengan AJK surau.
  • Persoalannya, bolehkah kita terima motif tersebut.
  • Benarkah motif ini sekadar vandalism.
  • Seperti yang berlaku pada sebuah surau di Johor.
  • Apakah motif kemungkinan anak-anak ini diupah pihak-pihak tertentu disembunyikan.
  • Kalau benarlah remaja ini melakukan kerana vandalism, maka kita sebenarnya sedang mengalami masalah sosial yang berat sehingga golongan remaja sanggup membakar, membaling cat dan botol minuman keras ke surau-surau.
  • Kalau benci ajk Surau, balinglah botol minuman keras ke rumah ajk surau !
  • Apa yang berlaku di Johor dan Seremban itu seolah-olah ada motif disebalik motif.

Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo

August 28, 2010
KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.
“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini.

Tuesday, August 24, 2010

TIUP API PERKAUMAN SELAGI ADA BARA ?

  • UMNO terus meniup Api perkauman. Utusan alatnya.
  • Dah lama tak baca Utusan Malaysia.
  • Tiga hari lepas, terjumpa Utusan Malaysia, bila buka helaian-demi helaian, semuanya tidak lari dari membakar api perkauman.
  • Kalau boleh ruangan sukan pun nak dikaitkan dengan perkauman.
  • Mungkin kalau politik kuno ini kekal, pasti ruangan sukan di Utusan akan ada unsur-unsur perkauman.
  • Utusan Malaysia yang sepatutnya membina minda bangsa, akhirnya jadi alat kepada kegilaan kuasa, InsyaAllah ia bakal jadi bahan sejarah.
  • Dunia sedang membicarakan tentang berdepan dengan masa depan.
  • Meningkatkan taraf hidup rakyat, kejayaan teknologi nuklear dalam industri tenaga, bioteknologi, pendidikan kelas pertama, kepanasan global.
  • Malang kita di Malaysia masih bergelumang dengan kepanasan api perkauman.
  • Bagi UMNO, tiuplah api perkauman itu selagi punya bara.
  • Tapi bila tinggal abu, tiupan itu tidak berguna lagi.
  • Orang Melayu tidaklah sebodoh yang UMNO sangka.
  • Kami pun Melayu....

Saturday, August 21, 2010

MUHYIDDIN - BATU API @ KAYU API

  • Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kelas tersendiri. Beliau meletakkan dirinya seperti lelaki Melayu terakhir, hampir dekat dengan Datuk Ibrahim Ali.

BUNUH : KERAJAAN BUNTU

  • Kerajaan Malaysia semakin buntu. Isu buang bayi tak dapat diselesaikan.
  • Bagi menunjukkan ketegasan kerajaan, maka pesalah buang bayi dianggap pembunuh dan cubaan membunuh.

Friday, August 20, 2010

Nik Aziz: Hukum hudud cara selesai isu buang bayi, jenayah

August 19, 2010

Nik Aziz berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup untuk mengawal manusia. — gambar fail
KOTA BARU, 19 Ogos — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nit Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.

MAS: Salahuddin cadang bawa kepada Agong

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kecewa terhadap jawapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keengganan mereka menyiasat kes kerugian MAS sebanyak RM8 bilion yang didakwa melibatkan bekas pengerusinya, Tan Sri Tajudin Ramli.

Salahudin berkata, pengarah siasatan SPRM Mustafa Ali menjelaskan bahawa SPRM tidak menyiasat kes itu kerana ianya telah disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Penjelasan itu dibuat Mustafa dalam satu pertemuan di antara Salahuddin dengan empat wakil SPRM di lobi Parlimen hari ini.

"Pertemuan hari ini untuk SPRM memberikan penjelasan berkaitan kes kerugian MAS yang saya persoalkan baru-baru ini.

"Saya tidak berpuas hati dengan jawapan SPRM itu dan saya tunggu responnya dalam sidang media mereka esok," katanya yang juga anggota Jawatankuasa Khas SPRM, pada sidang media selepas pertemuan itu.

Ahli Parlimen itu juga berkata, walau apa pun alasan yang diberikan pihak SPRM,beliau sebagai ahli jawatankuasa khas mengenai rasuah yang dilantik di bawah Parlimen akan terus mendedahkan kes itu yang disifatkan sama besarnya dengan kes skandal PKFZ.

"Walau apa pun alasan yang diberikan SPRM,saya tidak akan terus berdiam diri kerana kes ini memerlukan tindakan yang drastik.

"Kita perlu ambil pengajaran daripada kes PKFZ yang selama hampir empat tahun ahli Parlimen suarakan di Dewan Rakyat, akhirnya dapat membongkar siapa yang terlibat," katanya.

Tegasnya juga,beliau tidak teragak-agak untuk mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini jika SPRM dan PDRM gagal menyiasat kes ini.

"Saya tidak teagak-agak untuk menulis surat kepada perdana menteri menggesa suruhanjaya diraja ditubuhkan jika SPRM dan PDRM gagal menyelesaikan kes ini.

"Kita ingin tahu siapa sebenarnya yang melindungi Penjenayah dalam kes ini," katanya.

Beliau juga akan membawa perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya ia tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun, beliau menunggu respons daripada SPRM pada sidang media yang mungkin akan diadakan esok.

Thursday, August 19, 2010

'RM400 Duit Raya buat Kakitangan Awam di Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat!

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Komtar, George Town. Geran kewangan istimewa sebanyak RM400 untuk semua 3,577 kakitangan awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan kos keseluruhan RM1.5 juta.
Exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini meluluskan geran kewangan istimewa sebanyak RM400 untuk semua 3,577 kakitangan awam kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan kos RM 1.5 juta. Pembayaran sekaligus RM400 itu akan dibuat pada 3 September 2010, kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Kakitangan Awam Profesional

Semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia. Lagipun, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Dalam masa kurang dari dua tahun, kita telah meraih beberapa pencapaian. Walaupun berdepan dengan diskriminasi dan pengurangan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang telah bertambah baik. Ramai yang merasakan bahawa Pulau Pinang semakin bersih dan bersinar. Pentadbiran bertemakan CAT kerajaan negeri Pulau Pinang yang menekankan kecekapan, kebertanggung jawaban serta ketelusan telah berjaya memulihkan jangkaan defisit bajet sebanyak RM35 juta dan RM40 juta pada tahun 2008 dan 2009 kepada lebihan, masing-masing sebanyak RM88 juta dan RM77 juta.

Pentadbiran CAT juga menjadi kebanggaan apabila mendapat pujian daripada Transparency International, buat pertama kalinya untuk mana-mana kerajaan di Malaysia. Pulau Pinang juga telah mewujudkan Anugerah Integriti dengan geran tunai sebanyak RM10,000 dan ganjaran lain kepada penjawat awam yang mendedahkan amalan rasuah atau salah laku. Penerima pertama ialah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Dato Yusof Musa yang turut dianugerahkan gelaran Dato setelah mendedahkan penyelewengan dengan nilai melebihi RM500,000 dalam pejabat mahkamah Syariah.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pulau Pinang juga turut menghadiahkan tunai sebanyak RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri ini tanpa sebarang pengiktirafan selama 51 tahun yang lalu. Pengiktirafan ke atas perkhidmatan mereka buat pertama kalinya itu membuktikan prestasi cemerlang akan meraih ganjaran sama rata tanpa mengira pangkat mahupun kedudukan dalam mana-mana organisasi.

Kejayaan Pulau Pinang dalam mentransformasikan ke arah status Bandaraya Antarabangsa bergantung kepada kejayaan dalam membanteras kecenderungan serta pelaksanaan niat oleh “Napoleon Kecil” dan menyampaikan standard perkhidmatan awam antarabangsa. Jika kita berjaya, maka sangat adil untuk penjawat awam negeri turut menikmati gaji berskala antarabangsa.

Namun begitu, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan teragak-agak untuk menegur mana-mana pegawai kerajaan yang menyalah guna kuasa dan berlagak seperti “Napoleon Kecil” seperti tindakan Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunos. Kerajaan negeri Pulau Pinang komited dalam mempromosi dan memberi anugerah kepada para pegawainya yang cemerlang.

Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang. Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik.

Selangor lancar kempen anti-zina atasi isu kes buang bayi

Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (GeMS) akan melancarkan kempen Anti-Zina sebagai satu daripada usaha untuk membendung kes buang bayi.

Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor Dr Halimah Ali berkata kempen itu akan dilancarkan sempena program untuk menangani gejala sosial pada 30 Ogos ini di I-City, Seksyen 7 di sini, yang dijangka dihadiri 3,000 belia.

“Program ini juga sempena sambutan kemerdekaan negara dan akan dimulakan dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah selain beberapa aktiviti kesenian dan persembahan artis jemputan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata program itu bertujuan mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang bayi.

Dr Halimah berkata semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan belia dan pihak sekolah juga akan terbabit secara langsung dalam menangani isu gejala sosial itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri Yaakob Sapari berkata lapan penternak lembu di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diarah berpindah ke ladang ternakan baru di Sungai Nilam, Hulu Selangor.

Beliau berkata keputusan itu diambil bagi mengatasi masalah ternakan yang berkeliaran serta ditempatkan di lokasi yang tidak sesuai seperti berhampiran kediaman, kolej dan di bawah jambatan.

“Kerajaan negeri memperuntukan tanah seluas 32.4 hektar di Sungai Nilam dengan kemudahan infrastruktur lengkap bagi menampung kira-kira 500 ekor lembu milik kumpulan penternak itu. “Penternak hanya perlu membina kandang di kawasan tanah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pihak PBT terbabit akan mengeluarkan notis kepada penternak berkenaan dalam masa terdekat ini. — Bernama

Pendapatan RM4,000 jika Pakatan kuasai Putrajaya

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sasaran Pakatan Rakyat adalah supaya setiap isi rumah menikmati pendapatan RM4,000 dalam tempoh lima tahun apabila gabungan pembangkang mengambil-alih pentadbiran kerajaan pusat.

"Cadangan polisi ini akan dikemukakan ke majlis pimpinan Pakatan untuk perbincangan lanjut,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.Katanya, walaupun pertumbuhan negara pada kadar 8.9 peratus pada suku kedua yang diumumkan semalam boleh dibanggakan, namun hakikatnya, masih terdapat 2.4 juta keluarga atau 40 peratus daripada mereka yang berpendapatan kurang RM2,300 sebulan.

Gaji, Elaun Pengerusi Felda RM2 Juta Setahun?

Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA 14 Ogos - Dalam keadaan golongan peneroka bergelut dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mendapatkan hak mereka dan layanan yang lebih adil, dan juga kemungkinan agensi itu bankrap, pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor didakwa menikmati gaji, imbuhan serta elaun berjumlah RM2 juta setahun.

Mendedahkan perkara ini, Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah melontar cabaran kepada Dr Mohd Yusof bersifat telus dan mendedahkan kepada rakyat jumlah ganjaran sebenarnya yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana hari ini, Sivarasa berkata daripada maklumat diterimanya, pendapatan yang diterima Dr Mohd Yusof tersebut gaji serta elaun.

“Saya nak tanya kepada beliau berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

“Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?" kata beliau.

Sivarasa menjelaskan walaupun ini satu dakwaan tetapi Dr Mohd Yusof perlu menjawab dakwaan tersebut sama ada benar beliau menerima gaji dan elaun sebanyak itu.

“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau.

“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata Sivarasa.

Isnin lalu seramai 766 peneroka dari vRancangan Felda Serting dan gugusan Raja Alias menyaman agensi itu RM200 juta atas dakwaan menipu dalam kiraan perahan minyak sawit.