Pages

Wednesday, October 27, 2010

Laporan Audit Negara : Penyelewengan - Adakah Peguam Negara akan kata, 'Tidak Cukup Bukti'

Berikut adalah ringkasan isu-isu berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang telah dibentangkan oleh ketua audit Tan Sri Ambrin Buang dan saya yakin lebih banyak salah laku serta penyelewengan tahap tinggi akan didedahkan untuk umum dan entry ini pasti akan dikemaskinikan.  
Lembagai Tabung Haji (LTH)

Sejumlah RM435,850 telah dikeluarkan melalui 113 proses transaksi yang tidak sah melibatkan 56 akaun pendeposit Lembagai Tabung Haji (LTH) di lima buah negeri bagi tahun 2007 hingga tahun lepas.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

MAIWP bercadang melupuskan 70 unit penghawa dingin walaupun ia masih berfungsi dengan baik. Sebanyak 70 unit alat penghawa dingin yang diperoleh pada tahun 2007 dan 2008 yang hendak dilupuskan tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pihak pengurusan MAIWP telah mencadangkannya untuk pelupusan.

Sebanyak 10 unit alat bengkel kemahiran (harga perolehan RM63,380), 1 unit alat muzik (RM1,495), 2 unit periuk(RM7,800) dan 1 unit mesin jahit butang (RM6,167) tidak digunakan kerana pelbagai sebab seperti ketiadaan tenaga pengajar dan tidak menepati keperluan.

Kehilangan MAIWP mendapati berlaku kehilangan aset sebanyak 21 unit bernilai RM45,789, antaranya melibatkan peralatan komputer dan kamera.
Pembelian minyak yang meragukan. Berdasarkan laporan butiran belian minyak yang dikeluarkan syarikat minyak pada tahun 2007 hingga 2009 didapati pengisian minyak bagi 4 kenderaan dibuat dalam selang masa yang tidak munasabah dan kos pengisian yang meragukan.
Pembelian minyak melebihi kapasiti tangki. Menurut spesifikasi Proton Waja 1.6, kapasiti penuh minyak kereta adalah 60 liter. Bagaimanapun semakan audit mendapati 7 transaksi pembeliau sebanyak 78.13 liter, melebihi kapasiti penuh sebanyak 18.13 liter.

MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah meluluskan pinjaman sejumlah RM59.09 juta kepada pejabatnya di peringkat negeri dan daerah di Wilayah Persekutuan dan lima negeri tanpa mengambil kira kedudukan peruntukan kewangan.

Angkatan Tentera

Hospital Angkatan Tentera di kem Kinrara, Puchong yang dikenali sebagai '95 Hospital ATM' dibina di bawah tahap spesifikasi sekalipun harga asalnya dikekalkan.Dibina pada harga sebanyak RM267.89 juta, kontraktor dikatakan mengambil jalan mudah dengan membuat pindaan terhadap skop kerja - tanpa memaklumkan kepada Kementerian Kewangan. Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, didapati beberapa skop kerja diturunkan tarafnya termasuklah:
  • Keluasan bangunan hospital dikurangkan sebanyak 7,000 meter persegi.
  • Mengurangkan sistem interkom kepada 15 stesen kritikal sahaja berbanding 52 stesten yang sepatutnya.
  • Kemudahan seperti rumah keluarga untuk pegawai dan pangkat-pangkat lain, Wisma Perwira serta Wisma Bintara tidak dibangunkan atau dibina.
  • Peralatan perubatan telah dikurangkan kepada 60 peratus daripada sasaran asal.

Rancangan Makanan Tambahan

Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.
Pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.

Berbalik ke
pada perkara asal saya disini dengan segala hormatnya mencabar BN secara terbuka khasnya pemuda BN UMNO MCA dan MIC GERAKAN PPP untuk bangkit bersuara dalam isu ini. Janganalah pemuda BN yang memang gagah membela rakyat bersikap lembut atau macam pondan dengan membangkitkan isu-isu remeh seperti tong sampah tidak diletakkan di tempal betul , isu banner tiada tulisan kaum-kaum tertentu, isu jalan berlubang mahupun isu tempat letak kereta dan banyak lagi isu-isu bertaraf kanak-kanak ribena yang masih belajar di tadika buktikan bahawa anda bukan kaki ampu tauke anda untuk dapatkan kontrak mahupun jawatan tertentu parti.Jikalau ada maruah sebagai seorang lelaki bangkitkan isu ini dimana-mana jua mahupun di siber space.Sekian 

No comments:

Post a Comment