Pages

Tuesday, October 19, 2010

Imam-Imam Surau juga perlu diberi sumbangan.

Imam mohon perhatian, sumbangan

SAYA bagi pihak imam-imam surau Negeri Sembilan ingin meluahkan rasa dukacita kepada pihak yang berwajib kerana kami terpinggir daripada pandangan pihak berwajib mengenai tugas-tugas yang kami jalankan setiap hari bagi mengimarahkan surau di tempat kami.
Kami bertugas setiap hari dengan tiada giliran bagi mengimamkan solat lima waktu. Malam Jumaat pula, kami mengendalikan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat.
Pagi Jumaat pula, kami mengendalikan solat subuh, sujud sejadah, tahlil dan doa selamat di rumah dalam qariah kami. Cuma yang tidak diadakan adalah sembahyang jumaat.
Pada Hari Raya pula, kami mengendalikan sembahyang sunat Aidilfiri dan Aidiladha, serta penyembelihan qurban dan aqiqah. Termasuk juga pengendalian majlis perkahwinan pada hari-hari biasa. Cuma majlis akad nikah sahaja dikendalikan oleh imam masjid yang ada tauliah dan dibawa dua saksi dari masjid. Kami imam-imam surau kalau pergi hanya untuk melihat dan melopong sahaja.
Dengan tugas-tugas sebegini, sepatutnya pihak-pihak yang berkenaan dapat menghulurkan sedikit sumbangan kepada kami. Kami bukannya ingin meminta gaji atau bonus setiap bulan. Paling tidak pun sumbangan duit raya sekali setahun pun sudah memadai.
PAK NGAH
Seremban

No comments:

Post a Comment