KUALA LUMPUR, 19 Okt: Seramai 28 pemimpin Orang Asli pagi ini disekat oleh polis di pintu masuk bangunan Parlimen walaupun mereka masing-masing telahpun membuat permohonan rasmi untuk mengikuti perbahasan Bajet 2011.
Tuesday, October 19, 2010
Monday, October 18, 2010
Untungnya jadi orang tengah atau broker...?
Untungnya jadi orang tengah atau broker seperti peraih ikan, tokey getah, import eksport dan pelbagai lagi.
Ada yang jadi broker saham, broker tanah, bangunan, hartanah dan macam-macam jenis bisnes yang boleh dikatakan halal. Yang penting mesti bijak dan pandai mencari pembeli.
Sekarang ada lagi satu jenis perniagaan iatu jadi broker LEBUHRAYA. Beli dari PLUS jual pada KWSP dan UEM ( Khazanah Nasional). Siapa sebenarnya yang jadi broker? Berapa RM agaknya broker tu dapat?

Kerajaan gagal laksana gaji minimum kerana boros
KUALA LUMPUR, 18 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan gagal melaksanakan tuntutan gaji minimum di kalangan pekerja kerana amalan boros mereka.
Ahli Parlimen Marang itu sewaktu membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan lebih mementingkan projek mewah yang hanya memberikan keuntungan kepada segelintir golongan daripada kebajikan rakyat bawahan.
"Bagaimana untuk pencapaian taraf negara maju kalau pekerjanya masih mengemis. Isu gaji minima baru di peringkat menubuhkan majlis konsultasi.
"Amalan boros masih diteruskan dengan pembiayaan projek mewah untuk kemegahan dan kepentingan segelintir manusia dan mengabaikan majoriti rakyat," kata beliau yang juga Presiden PAS.
Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parliman, beliau menegaskan PAS tetap mendesak kerajaan melaksanakan tuntutan gaji minimum seperti yang diamalkan oleh negara maju yang lain.
"PAS tetap mahu tuntutan gaji minima dilaksanakan kerana sudah banyak negara di dunia memberi gaji minima dan dianggap salah kalau tidak beri gaji minima untuk sara hidup rakyat," katanya.
Ahli Parlimen Marang itu sewaktu membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan lebih mementingkan projek mewah yang hanya memberikan keuntungan kepada segelintir golongan daripada kebajikan rakyat bawahan."Bagaimana untuk pencapaian taraf negara maju kalau pekerjanya masih mengemis. Isu gaji minima baru di peringkat menubuhkan majlis konsultasi.
"Amalan boros masih diteruskan dengan pembiayaan projek mewah untuk kemegahan dan kepentingan segelintir manusia dan mengabaikan majoriti rakyat," kata beliau yang juga Presiden PAS.
Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parliman, beliau menegaskan PAS tetap mendesak kerajaan melaksanakan tuntutan gaji minimum seperti yang diamalkan oleh negara maju yang lain.
"PAS tetap mahu tuntutan gaji minima dilaksanakan kerana sudah banyak negara di dunia memberi gaji minima dan dianggap salah kalau tidak beri gaji minima untuk sara hidup rakyat," katanya.
BAJET 2011 - TAHNIAH PAK IMAM
- Tahniah Tuan Imam kerana dapat RM700 sebulan.
- Sekarang pun dah dapat RM700
- Semua imam tahu, keputusan Elaun imam dinaikkan telah dibuat 10 tahun dulu.
- Cuma 2010 baru dilaksanakan.
- Itupun bila Pakatan Rakyat semakin diyakini rakyat.
- Bajet 2011 hanya silap mata sahaja.
Wanita Ditipu Lagi dek Kerajaan BN
PEMBERIAN cuti bersalin sebanyak 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini kepada penjawat awam wanita menimbulkan dua reaksi berbeza. Ketika Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj bersetuju dengan fleksibiliti menentukan sendiri tempoh cuti bersalin, Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi pula berpendapat ia hanya mengehadkan bilangan anak buat wanita bekerjaya.
Bapak kalau nak beli kereta mahal pun.. pastikan anak-anak cukup makan.!!
Memang bagus dapat beli kete mahal, lebih selesa dan lebih cantik. Jiran-jiran pun tengok kita pakai kete mahal memang rasa kita ni bagus. Itu perasaan kita. Tetapi dalam masa yang sama anak-anak duk pakai selekeh, baju pun beli setahun 3 pasang itu pun masa nak raya. Makan pun kena catu, Betui ke kita jadi seorang bapak? Bapak pulak duk dengar cakap bini, suh beli barang2 mewah dan mahal. Anak-anak kebulur ..apa ada kisah pun.
Ni lah keluhan dari penduduk kepulauan di selatan Amerika.
Ni lah keluhan dari penduduk kepulauan di selatan Amerika.
Friday, October 15, 2010
KWSP, Khazanah beli PLUS RM23 bilion
October 15, 2010
KUALA LUMPUR, 15 Okt — Dua dana kerajaan Malaysia akan membeli operator lebuh raya utara-selatan, PLUS Expressways membabitkan urus niaga bernilai RM23 bilion, lapor akhbar bisnes Edge hari ini.Menurut laporan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti PLUS pada harga RM4.60 sesaham.
KWSP sudah pun memiliki 12.3 peratus saham dalam PLUS manakala Khazanah pula 55.2 peratus.
Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan PLUS tidak dapat dihubungi untuk reaksi awal.
Urus niaga saham PLUS di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham. — Reuters
Subscribe to:
Posts (Atom)