Pages

Friday, October 15, 2010

KWSP, Khazanah beli PLUS RM23 bilion

October 15, 2010
KUALA LUMPUR, 15 Okt — Dua dana kerajaan Malaysia akan membeli operator lebuh raya utara-selatan, PLUS Expressways membabitkan urus niaga bernilai RM23 bilion, lapor akhbar bisnes Edge hari ini.
Menurut laporan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan  Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti PLUS pada harga RM4.60 sesaham.
KWSP sudah pun memiliki 12.3 peratus saham dalam PLUS manakala Khazanah pula 55.2 peratus.
Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan PLUS tidak dapat dihubungi untuk reaksi awal.
Urus niaga saham PLUS di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham. — Reuters

Pilihan raya Batu Sapi serentak dengan Galas

Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.

Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
"Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini," katanya.
Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.
"Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," kata Abdul Aziz.
Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.

Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Alasan kementerian beli tren elektrik memalukan

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Alasan Kementerian Pengangkutan bahawa pembelian tren elektrik bernilai RM1.8 bilion dari China diteruskan kerana surat tawaran (LOA) telah dikeluarkan adalah memalukan, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kementerian tersebut meneruskan pembelian tersebut walaupun kontraknya masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"LOA yang sudah dikeluarkan tidak seharusnya dijadikan alasan," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Beliau, Selasa lalu meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada akan meneruskan perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU) 6 koc untuk KTMB dari China, setelah pihak SPRM mengesahkan memulakan siasatan tentang dakwaan perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.
Menteri Pengangkutan,  Datuk Seri Kong Cho Ha dalam jawapan bertulisnya menggesahkan bahawa pembelian tersebut akan tetap dibuat meskipun Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam mesyuarat Julai lalu memutuskan bahawa wujud alasan untuk disiasat wujudnya amalan rasuah dalam perjanjian tersebut.

PROGRAM LAKI BINI

  • Program wanita pertama yang dikelolakan Rosmah, dirasmikan oleh Najib Tun Razak.
  • Ramai orang mempertikaikan kelayakan Rosmah digelar wanita pertama dengan membelakangkan Raja Permaisuri Agong.
  • Program itu hanya sekadar boleh dianggap program laki bini.
  • Atau program "African First Lady Summit + 2" .
  • Wajarkah isteri Perdana Menteri diberi kuasa sedemikian rupa. Apa peranan Menteri.
  • Tidak mustahil, Rosmah menyalah gunakan kuasa suami selaku PM, bagi menghabiskan dana negara.
  • Berapa juta dihabiskan untuk memenuhkan kehendak Rosmah.
  • Wajarkah laki tunduk kepada kehendak isteri. Wajar!!!
  • Tapi wajarkah Isteri PM memperalatkan kuasa suami untuk menjayakan cita-cita sendiri.
  • Undang-undang apa yang kita amalkan.
  • Apa akan jadi kalau semua Isteri menteri ikut perangai Rosmah.
  • Menteri yang paling hampir, Rais Yatim.
  • Duit rakyat dah jadi harta laki bini.

Tuesday, October 12, 2010

Kemalangan di Lebuhraya; Takziah dari PAS Alor Gajah

PAS Kawasan Alor Gajah mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan tercedera dalam kemalangan lebuhraya Utara Selatan, berhampiran tol Simpang Ampat km223. Kemalangan yang berlaku tersebut telah menyebabkan 12 orang maut dan melibatkan 6 buat kenderaan termasuk dua buah bas. Kepada semua ahli keluarga yang terlibat, PAS Alor Gajah mengharapkan mereka bersabar menghadapi ujian ini.

Friday, October 1, 2010

MAS SELAMAT DAN ISLAMOFOBIAMAS SELAMAT DAN ISLAMOFOBIA

  • Mas Selamat dihantar ke Singapura, sejurus selepas Najib pulang dari Singapura.
  • Alasan yang diberi Kerajaan kerana Mas Selamat tidak lagi dianggap mengancam keselamatan Negara.
  • Masyarakat tak tahu apa kesalahan Mas Selamat. Cuma kita diberitahu bahawa kalau Mas Selamat datang negara kita, kita jadi tak selamat.
  • Betul atau tidak, kita tak pasti.
  • Mas Selamat adalah contoh Islamofobia. Kesalahan beliau tak dapat dibuktikan oleh undang-undang Malaysia, ianya "dibuktikan" dengan ISA.
  • Islamofobia sepatutnya bukan sahaja dirujuk kepada Amerika.
  • Paling bahaya adalah Islamofobia yang bersarang dalam diri pemimpin Islam.
  • Untuk mengelak daripada pemimpin Islam dikaitkan dengan Islamofobia, maka mereka memperkenalkan Islam Sederhana, seperti yang disebut Najib dalam ucapan di PBB kelmarin.
  • Islam Sederhana yang merujuk kepada pengaruh akal secara mutlak dalam melaksanakan Islam.
  • Sholat lima waktu, sederhana kalau ianya tidak dipaksakan ?
  • Menutup aurat, sederhana kalau sekali sekala dibuka ?
  • Hudud, sederahana kalau hanya diambil sebahagian yang bermanfaat?
  • Rasuah, sederhana kalau dapat menolong bangsa ?
  • Sebab itu walupun sudah merdeka lebih 50 tahun, UMNO tak dapat menghilangkan Islamofibia pada MCA, MIC dan .....
  • Kerana pada UMNO dan Najib dan Rosmah, Islamofobia sebenarnya masih bersarang pada minda mereka.
  • Islamofobia bukan sekadar dilihat dengan membakar Al Quran, 'membakar' suruhan Allah juga adalah lambang Islamofobia.

Peneroka Felda tidak sedar mereka ditipu???

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan 11 lagi bentuk penyelewengan Felda mengkhianati peneroka yang majoritinya Melayu.
Menurut beliau, melalui Tabung Tanam Semula yang ditubuhkan sejak Januari 1985, sepatutnya setiap peneroka layak mendapat RM17,000 sebagai bayaran tanam semula.
Ini kerana, setiap peneroka pada setiap bulan telahpun mencarum sebanyak RM4 seekar supaya Felda memulangkan RM17 ribu kepada setiap peneroka bagi kerja-kerja tanam semula.
Di sebalik penubuhan Tabung Tanam Semula itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Peneroka dan Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, pertamanya Felda enggan menyerahkan Wang Tanah Semula kepada peneroka yang melaksanakan kebun mereka secara persendirian meskipun telah mengikuti semua garis panduan yang ditetapkan.
"Peneroka ini telah ikut garis panduan seperti pokok tua perlu ditebang, peneroka perlu tanam pokok yang baru.
"Segala yang Felda mahu mereka patuhi tetapi wang tanam semula yang dijanjikan Felda itu tidak juga diberikan oleh Felda," ujarnya.
Kedua, katanya Felda bertindak melampau memotong RM8,500 untuk 10 ekar Wang Tanam Semula (RM17,000) tanpa persetujuan peneroka atas alasan peruntukan input pertanian.