Menurut beliau, melalui Tabung Tanam Semula yang ditubuhkan sejak Januari 1985, sepatutnya setiap peneroka layak mendapat RM17,000 sebagai bayaran tanam semula.Ini kerana, setiap peneroka pada setiap bulan telahpun mencarum sebanyak RM4 seekar supaya Felda memulangkan RM17 ribu kepada setiap peneroka bagi kerja-kerja tanam semula.
Di sebalik penubuhan Tabung Tanam Semula itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Peneroka dan Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, pertamanya Felda enggan menyerahkan Wang Tanah Semula kepada peneroka yang melaksanakan kebun mereka secara persendirian meskipun telah mengikuti semua garis panduan yang ditetapkan.
"Peneroka ini telah ikut garis panduan seperti pokok tua perlu ditebang, peneroka perlu tanam pokok yang baru.
"Segala yang Felda mahu mereka patuhi tetapi wang tanam semula yang dijanjikan Felda itu tidak juga diberikan oleh Felda," ujarnya.
Kedua, katanya Felda bertindak melampau memotong RM8,500 untuk 10 ekar Wang Tanam Semula (RM17,000) tanpa persetujuan peneroka atas alasan peruntukan input pertanian.


KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.