Pages

Friday, August 20, 2010

MAS: Salahuddin cadang bawa kepada Agong

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kecewa terhadap jawapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keengganan mereka menyiasat kes kerugian MAS sebanyak RM8 bilion yang didakwa melibatkan bekas pengerusinya, Tan Sri Tajudin Ramli.

Salahudin berkata, pengarah siasatan SPRM Mustafa Ali menjelaskan bahawa SPRM tidak menyiasat kes itu kerana ianya telah disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Penjelasan itu dibuat Mustafa dalam satu pertemuan di antara Salahuddin dengan empat wakil SPRM di lobi Parlimen hari ini.

"Pertemuan hari ini untuk SPRM memberikan penjelasan berkaitan kes kerugian MAS yang saya persoalkan baru-baru ini.

"Saya tidak berpuas hati dengan jawapan SPRM itu dan saya tunggu responnya dalam sidang media mereka esok," katanya yang juga anggota Jawatankuasa Khas SPRM, pada sidang media selepas pertemuan itu.

Ahli Parlimen itu juga berkata, walau apa pun alasan yang diberikan pihak SPRM,beliau sebagai ahli jawatankuasa khas mengenai rasuah yang dilantik di bawah Parlimen akan terus mendedahkan kes itu yang disifatkan sama besarnya dengan kes skandal PKFZ.

"Walau apa pun alasan yang diberikan SPRM,saya tidak akan terus berdiam diri kerana kes ini memerlukan tindakan yang drastik.

"Kita perlu ambil pengajaran daripada kes PKFZ yang selama hampir empat tahun ahli Parlimen suarakan di Dewan Rakyat, akhirnya dapat membongkar siapa yang terlibat," katanya.

Tegasnya juga,beliau tidak teragak-agak untuk mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini jika SPRM dan PDRM gagal menyiasat kes ini.

"Saya tidak teagak-agak untuk menulis surat kepada perdana menteri menggesa suruhanjaya diraja ditubuhkan jika SPRM dan PDRM gagal menyelesaikan kes ini.

"Kita ingin tahu siapa sebenarnya yang melindungi Penjenayah dalam kes ini," katanya.

Beliau juga akan membawa perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya ia tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun, beliau menunggu respons daripada SPRM pada sidang media yang mungkin akan diadakan esok.

No comments:

Post a Comment