Pages

Saturday, October 30, 2010

Kempen Bantah Menara Warisan 100 Tingkat Cecah 204,000 Orang

Oleh Suara Keadilan   
1M_Menara_WarisanKUALA LUMPUR 30 Okt - Cadangan Pembinaan  Menara Warisan 100 tingkat yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2011 mendapat tekanan hebat apabila laman sosial facebook yang menentang pembinaan Menara Warisan 100 tingkat sudah melebihi 200,000 orang, setakat hari ini.

Wednesday, October 27, 2010

Laporan Audit Negara : Penyelewengan - Adakah Peguam Negara akan kata, 'Tidak Cukup Bukti'

Berikut adalah ringkasan isu-isu berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang telah dibentangkan oleh ketua audit Tan Sri Ambrin Buang dan saya yakin lebih banyak salah laku serta penyelewengan tahap tinggi akan didedahkan untuk umum dan entry ini pasti akan dikemaskinikan.  

Saturday, October 23, 2010

Umno Kelumpuhan Idea dan Semangat

Perhimpunan agung Umno ke 61 akan berakhir hari ini. Sore nanti ahli MT ketua-ketua sayap, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden akan membuat penggulungan. Menggulung segala perbincangan, cadangan, pandangan yang dibuat selama berhimpun selama tiga hari.

Thursday, October 21, 2010

Memo Taubat Buat Rosmah

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih  - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .
 
2.  Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia  dan ianya diasaskan oleh Dato'  Raja Rezza  Shah  sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

TV3 didenda RM50,000 kerana iklan Sinari Lembaran

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 21 Okt: TV3 telah didenda sebanyak RM50,000 iaitu denda maksimum selepas didapati bersalah menyiarkan iklan Sinari Lembaran yang didapati menghina Islam.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,  Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen pagi ini berkata, pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu. 

Saman tidak relevan: Peniaga

ALOR GAJAH - Seramai 50 peniaga barang basah di pekan Alor Gajah, dekat sini, melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang tidak berasas dan bersikap biadab terhadap mereka. 

Wednesday, October 20, 2010

Bajet Seluaq Dalam 2011 Najib kosong - Datuk Husam

20 October 2010 00:05

KOTA BHARU, 19 Okt: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menyifatkan Bajet 2011 sebagai kosong dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan orang kampung.

Hutang Isi Rumah Malaysia tertinggi di Asia.

http://kedahlanie.blogspot.com/2010/10/hutang-ohh-hutang.html

Cuepacs mohon diberi 2 bulan bonus kepada pejawat awam.

KUALA LUMPUR, 19 OCTOBER, 2010: Cuepacs is asking the government for a two-month bonus for the country's 1.2 million civil servants.

This is a change from the position stated by Cuepacs President Omar Osman yesterday when he said he hoped the government could give its employees a bonus of half a month this year.

Omar was reported to have been persuaded by the Prime Minister that the government could not afford a two month bonus because of the economic slowdown.

Today, after chairing a Cuepacs council meeting here, Omar said the government could well afford to pay civil servants two months bonus, noting that the economy expanded 10.1 per cent in the first quarter of the year.

"We sent a telegram to the Prime Minister this evening stating our wish to meet him and hope that he can reconsider this matter," he told reporters.

A total of 135 delegates, including from Sabah and Sarawak, attended the council meeting.
 

  
    --Bernama

Alasan Pak Pandir, PNB Yang Cadang Bina Menara Warisan

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan, beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan , sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Ini adalah alasan “Pak Pandir” dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Kenyataan ini seolah-oleh hendak melepaskan bebanan ini kepada PNB, bukannya kepada beliau. Kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.

Tuesday, October 19, 2010

Orang Asli Tunjuk Perasaan.

http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story8304043.asp

Koleksi UMNO dan JUDI

http://malaysiaterjah.blogspot.com/2010/10/koleksi-umno-dan-judi-dulu-kini-dan.html?spref=fb&ref=nf

Apa Hubungan Mahathir Dengan Rahimi?

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/10/apa-hubungan-mahathir-dengan-rahimi.html

Hutang Kerajaan Meningkat RM408 Billion tahun ini.

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/10/lu-orang-berhutang-dengan-keraaaajaan.html

Tian: Kos perjalanan rasmi PM naik kerana Rosmah

Urusan perjalanan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin naik mendadak sehingga melebihi 75.2 peratus daripada perangkaan 2008.

Imam-Imam Surau juga perlu diberi sumbangan.

Imam mohon perhatian, sumbangan

SAYA bagi pihak imam-imam surau Negeri Sembilan ingin meluahkan rasa dukacita kepada pihak yang berwajib kerana kami terpinggir daripada pandangan pihak berwajib mengenai tugas-tugas yang kami jalankan setiap hari bagi mengimarahkan surau di tempat kami.
Kami bertugas setiap hari dengan tiada giliran bagi mengimamkan solat lima waktu. Malam Jumaat pula, kami mengendalikan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat.
Pagi Jumaat pula, kami mengendalikan solat subuh, sujud sejadah, tahlil dan doa selamat di rumah dalam qariah kami. Cuma yang tidak diadakan adalah sembahyang jumaat.
Pada Hari Raya pula, kami mengendalikan sembahyang sunat Aidilfiri dan Aidiladha, serta penyembelihan qurban dan aqiqah. Termasuk juga pengendalian majlis perkahwinan pada hari-hari biasa. Cuma majlis akad nikah sahaja dikendalikan oleh imam masjid yang ada tauliah dan dibawa dua saksi dari masjid. Kami imam-imam surau kalau pergi hanya untuk melihat dan melopong sahaja.
Dengan tugas-tugas sebegini, sepatutnya pihak-pihak yang berkenaan dapat menghulurkan sedikit sumbangan kepada kami. Kami bukannya ingin meminta gaji atau bonus setiap bulan. Paling tidak pun sumbangan duit raya sekali setahun pun sudah memadai.
PAK NGAH
Seremban

Apa bezanya antara GST dan Cukai Perkhidmatan?

GST ialah cukai  barangan dan cukai perkhidmatan.  Di parlimen baru-baru ini di sebut .."Menurut kenyataan itu, GST ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaan cukai baru itu. 
"Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik," petik kenyataan kementerian itu hari ini."

Tetapi dalam pembentangan bajet oleh PM di nyatakan bahawa cukai perkhidmatan di naikkan kepada 6%. 

Komen Lim Guan Eng. "Malah Setiuasaha Agung DAP itu juga menyelar tindakan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus.
“Kenaikan cukai ini akan hanya membebankan golongan miskin kerana mereka tidak mampu untuk menampung kenaikan kos perkhidmatan tersebut.
“Ini adalah bentuk hiburan kepada orang miskin. Kita harap ia boleh dikaji semula, kerana ini akan menembahkan beban kepada rakyat Malaysia sebanyak RM597 juta dengan kenaikan cukai perkhidmatan ini,” katanya."

Bentang penyata pembelian PLUS?: UEM, KWSP Selesai Pengambilalihan PLUS Dalam Tempoh 8-12 Bulan

KUALA LUMPUR: UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap memuktamadkan cadangan pengambilalihan PLUS Expressways Bhd dalam tempoh lapan hingga 12 bulan selepas penerimaan oleh lembaga pengarah PLUS. 

Batu Sapi: PKR wakili Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan untuk meletakkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keptusan itu dibuat setelah bermesyuarat dengan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah. 

Rombongan Orang Asli ke Parlimen disekat

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Seramai 28 pemimpin Orang Asli pagi ini disekat oleh polis di pintu masuk bangunan Parlimen walaupun mereka masing-masing telahpun membuat permohonan rasmi untuk mengikuti perbahasan Bajet 2011. 

Monday, October 18, 2010

Untungnya jadi orang tengah atau broker...?

Untungnya jadi orang tengah atau broker seperti peraih ikan, tokey getah, import eksport dan pelbagai lagi.
Ada yang jadi broker saham, broker tanah, bangunan, hartanah dan macam-macam jenis bisnes yang boleh dikatakan halal. Yang penting mesti bijak dan pandai mencari pembeli.
Sekarang ada lagi satu jenis perniagaan iatu jadi broker LEBUHRAYA. Beli dari PLUS jual pada KWSP dan UEM ( Khazanah Nasional). Siapa sebenarnya yang jadi broker? Berapa RM agaknya broker tu dapat?

Kerajaan gagal laksana gaji minimum kerana boros

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan gagal melaksanakan tuntutan gaji minimum di kalangan pekerja kerana amalan boros mereka.
Ahli Parlimen Marang itu sewaktu membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan lebih mementingkan projek mewah yang hanya memberikan keuntungan kepada segelintir golongan daripada kebajikan rakyat bawahan.
"Bagaimana untuk pencapaian taraf negara maju kalau pekerjanya masih mengemis. Isu gaji minima baru di peringkat menubuhkan majlis konsultasi.
"Amalan boros masih diteruskan dengan pembiayaan projek mewah untuk kemegahan dan kepentingan segelintir manusia dan mengabaikan majoriti rakyat," kata beliau yang juga Presiden PAS.
Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parliman, beliau menegaskan PAS tetap mendesak kerajaan melaksanakan tuntutan gaji minimum seperti yang diamalkan oleh negara maju yang lain.
"PAS tetap mahu tuntutan gaji minima dilaksanakan kerana sudah banyak negara di dunia memberi gaji minima dan dianggap salah kalau tidak beri gaji minima untuk sara hidup rakyat," katanya.

BAJET 2011 - TAHNIAH PAK IMAM

  • Tahniah Tuan Imam kerana dapat RM700 sebulan.
  • Sekarang pun dah dapat RM700
  • Semua imam tahu, keputusan Elaun imam dinaikkan telah dibuat 10 tahun dulu.
  • Cuma 2010 baru dilaksanakan.
  • Itupun bila Pakatan Rakyat semakin diyakini rakyat.
  • Bajet 2011 hanya silap mata sahaja.

Wanita Ditipu Lagi dek Kerajaan BN

Posted by pas-miri in Sunday, October 17, 2010
PEMBERIAN cuti bersalin sebanyak 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini kepada penjawat awam wanita menimbulkan dua reaksi berbeza. Ketika Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj bersetuju dengan fleksibiliti menentukan sendiri tempoh cuti bersalin, Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi pula berpendapat ia hanya mengehadkan bilangan anak buat wanita bekerjaya.

Bapak kalau nak beli kereta mahal pun.. pastikan anak-anak cukup makan.!!

Memang bagus dapat beli kete mahal, lebih selesa dan lebih cantik. Jiran-jiran pun tengok kita pakai kete mahal memang rasa kita ni bagus. Itu perasaan kita. Tetapi dalam masa yang sama anak-anak duk pakai selekeh, baju pun beli setahun 3 pasang itu pun masa nak raya. Makan pun kena catu, Betui ke kita jadi seorang bapak? Bapak pulak duk dengar cakap bini,  suh beli barang2 mewah dan mahal. Anak-anak kebulur ..apa ada kisah pun.

Ni lah keluhan dari penduduk kepulauan di selatan Amerika.

Friday, October 15, 2010

KWSP, Khazanah beli PLUS RM23 bilion

October 15, 2010
KUALA LUMPUR, 15 Okt — Dua dana kerajaan Malaysia akan membeli operator lebuh raya utara-selatan, PLUS Expressways membabitkan urus niaga bernilai RM23 bilion, lapor akhbar bisnes Edge hari ini.
Menurut laporan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan  Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti PLUS pada harga RM4.60 sesaham.
KWSP sudah pun memiliki 12.3 peratus saham dalam PLUS manakala Khazanah pula 55.2 peratus.
Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan PLUS tidak dapat dihubungi untuk reaksi awal.
Urus niaga saham PLUS di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham. — Reuters

Pilihan raya Batu Sapi serentak dengan Galas

Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.

Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
"Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini," katanya.
Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.
"Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," kata Abdul Aziz.
Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.

Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Alasan kementerian beli tren elektrik memalukan

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Alasan Kementerian Pengangkutan bahawa pembelian tren elektrik bernilai RM1.8 bilion dari China diteruskan kerana surat tawaran (LOA) telah dikeluarkan adalah memalukan, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kementerian tersebut meneruskan pembelian tersebut walaupun kontraknya masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"LOA yang sudah dikeluarkan tidak seharusnya dijadikan alasan," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Beliau, Selasa lalu meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada akan meneruskan perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU) 6 koc untuk KTMB dari China, setelah pihak SPRM mengesahkan memulakan siasatan tentang dakwaan perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.
Menteri Pengangkutan,  Datuk Seri Kong Cho Ha dalam jawapan bertulisnya menggesahkan bahawa pembelian tersebut akan tetap dibuat meskipun Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam mesyuarat Julai lalu memutuskan bahawa wujud alasan untuk disiasat wujudnya amalan rasuah dalam perjanjian tersebut.

PROGRAM LAKI BINI

  • Program wanita pertama yang dikelolakan Rosmah, dirasmikan oleh Najib Tun Razak.
  • Ramai orang mempertikaikan kelayakan Rosmah digelar wanita pertama dengan membelakangkan Raja Permaisuri Agong.
  • Program itu hanya sekadar boleh dianggap program laki bini.
  • Atau program "African First Lady Summit + 2" .
  • Wajarkah isteri Perdana Menteri diberi kuasa sedemikian rupa. Apa peranan Menteri.
  • Tidak mustahil, Rosmah menyalah gunakan kuasa suami selaku PM, bagi menghabiskan dana negara.
  • Berapa juta dihabiskan untuk memenuhkan kehendak Rosmah.
  • Wajarkah laki tunduk kepada kehendak isteri. Wajar!!!
  • Tapi wajarkah Isteri PM memperalatkan kuasa suami untuk menjayakan cita-cita sendiri.
  • Undang-undang apa yang kita amalkan.
  • Apa akan jadi kalau semua Isteri menteri ikut perangai Rosmah.
  • Menteri yang paling hampir, Rais Yatim.
  • Duit rakyat dah jadi harta laki bini.

Tuesday, October 12, 2010

Kemalangan di Lebuhraya; Takziah dari PAS Alor Gajah

PAS Kawasan Alor Gajah mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan tercedera dalam kemalangan lebuhraya Utara Selatan, berhampiran tol Simpang Ampat km223. Kemalangan yang berlaku tersebut telah menyebabkan 12 orang maut dan melibatkan 6 buat kenderaan termasuk dua buah bas. Kepada semua ahli keluarga yang terlibat, PAS Alor Gajah mengharapkan mereka bersabar menghadapi ujian ini.

Friday, October 1, 2010

MAS SELAMAT DAN ISLAMOFOBIAMAS SELAMAT DAN ISLAMOFOBIA

  • Mas Selamat dihantar ke Singapura, sejurus selepas Najib pulang dari Singapura.
  • Alasan yang diberi Kerajaan kerana Mas Selamat tidak lagi dianggap mengancam keselamatan Negara.
  • Masyarakat tak tahu apa kesalahan Mas Selamat. Cuma kita diberitahu bahawa kalau Mas Selamat datang negara kita, kita jadi tak selamat.
  • Betul atau tidak, kita tak pasti.
  • Mas Selamat adalah contoh Islamofobia. Kesalahan beliau tak dapat dibuktikan oleh undang-undang Malaysia, ianya "dibuktikan" dengan ISA.
  • Islamofobia sepatutnya bukan sahaja dirujuk kepada Amerika.
  • Paling bahaya adalah Islamofobia yang bersarang dalam diri pemimpin Islam.
  • Untuk mengelak daripada pemimpin Islam dikaitkan dengan Islamofobia, maka mereka memperkenalkan Islam Sederhana, seperti yang disebut Najib dalam ucapan di PBB kelmarin.
  • Islam Sederhana yang merujuk kepada pengaruh akal secara mutlak dalam melaksanakan Islam.
  • Sholat lima waktu, sederhana kalau ianya tidak dipaksakan ?
  • Menutup aurat, sederhana kalau sekali sekala dibuka ?
  • Hudud, sederahana kalau hanya diambil sebahagian yang bermanfaat?
  • Rasuah, sederhana kalau dapat menolong bangsa ?
  • Sebab itu walupun sudah merdeka lebih 50 tahun, UMNO tak dapat menghilangkan Islamofibia pada MCA, MIC dan .....
  • Kerana pada UMNO dan Najib dan Rosmah, Islamofobia sebenarnya masih bersarang pada minda mereka.
  • Islamofobia bukan sekadar dilihat dengan membakar Al Quran, 'membakar' suruhan Allah juga adalah lambang Islamofobia.

Peneroka Felda tidak sedar mereka ditipu???

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan 11 lagi bentuk penyelewengan Felda mengkhianati peneroka yang majoritinya Melayu.
Menurut beliau, melalui Tabung Tanam Semula yang ditubuhkan sejak Januari 1985, sepatutnya setiap peneroka layak mendapat RM17,000 sebagai bayaran tanam semula.
Ini kerana, setiap peneroka pada setiap bulan telahpun mencarum sebanyak RM4 seekar supaya Felda memulangkan RM17 ribu kepada setiap peneroka bagi kerja-kerja tanam semula.
Di sebalik penubuhan Tabung Tanam Semula itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Peneroka dan Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, pertamanya Felda enggan menyerahkan Wang Tanah Semula kepada peneroka yang melaksanakan kebun mereka secara persendirian meskipun telah mengikuti semua garis panduan yang ditetapkan.
"Peneroka ini telah ikut garis panduan seperti pokok tua perlu ditebang, peneroka perlu tanam pokok yang baru.
"Segala yang Felda mahu mereka patuhi tetapi wang tanam semula yang dijanjikan Felda itu tidak juga diberikan oleh Felda," ujarnya.
Kedua, katanya Felda bertindak melampau memotong RM8,500 untuk 10 ekar Wang Tanam Semula (RM17,000) tanpa persetujuan peneroka atas alasan peruntukan input pertanian.